Skip to main content

Cara kira kos bisnes


Untung ke jual barang ni?

Ramai antara kita sekadar tengok harga jual dan harga kos barang. Kita terlupa dengan kos - kos lain.

Kita perlu selidik dahulu sebelum nak jual sesuatu barang, barang yang kita nak jual boleh buat kita untung atau tidak.

Nanti dah beli berkotak-kotak, rupanya barang yang kita ambil (beli) sebenarnya tak untung.

Kalau nak tahu untung ke tidak, mesti tahu kira kos. Saya dah jumpa ramai orang yang cuma perasan dia untung. Padahal rugi dalam tak sedar. Sebab apa? Sebab salah kira kos.

Pertama sekali kira kos menjual satu barang tersebut. Adakah dengan harga yang kita jual itu akan memberikan untung? Kerapkali peniaga baru menjual barang dengan harga lebih rendah daripada kos yang perlu dikeluarkan.

Makin lama kita jual barang ini makin tak cukup duit nak pusing modal. Penat menjual memang confirmlah, memanglah kita akan usaha sebaiknya untuk jual barang kita. Last2 makin rugi.

Kiraan ini akan selamatkan bisnes anda

Bisnes kita perlu pusing semula duit hasil jualan untuk membesar. Kita perlu tolak siap siap modal untuk beli stok, bayar overhead bulanan.

Yang penting bayar segala bil dan semua hutang kita.

Bayangkan adakah kita dapat teruskan bisnes jika tiada elektrik dan internet?

Bila kita kenal kos, kita akan lebih mudah sedar diri dan selalu ukur baju di badan sendiri. Jika kita baru berniaga, kitamasih belum stabil, kadang-kadang ada jualan,kadang -kadang tiada jualan tapi kita dah gatal-gatal nak sewa kedai, dah sibuknak ambil staff.

Eh, duit hasil jualan bulan ini tak mampu menampung semuakos & overhead! Itu tanda kita salah kira kos. Jadi kita kira kos semula. Senaraikan semua kos yang terlibat.

Kos Jualan

Kos jualan adalah duit yang dikeluarkan jika proses jualan berlaku. Misalnya,kos belian pukal, kos postage dari kilang, kos postage ke pelanggan.

Cara kiraan bagi kos jualan perlu dikira by unit. Berapa kos untuk menjual 1 unit produk A.

Contohnya anda menjual  PRODUK A; kos jualan adalah:
Kos pembelian produk : RM20 seunit
Kos penghantaran : RM10

JUMLAH KOS JUALAN = RM20 + RM10
                                       = RM30

Semakin tinggi jumlah jualan kita, semakin tinggi kos jualan

Kalau kita pakai Ejen...

Kita perlu ambilkira diskaun untuk diberi kepada ejen i.e. untung yang ejen buat.

Saya pernah jumpa kes satu pemilik bisnes yang hanya ada 17% gross margin dan menggunakan sistem ejen untuk pengedaran produk.

Setiap hujung bulan, beliau tidak nampak hasil berbisnes. Bukan saja tak untung, rugi lagi!

Baru sedar selama ini gaji sendiri yang menampung perjalanan bisnes itu!

Kos Tetap

Kos tetap adalah kos dimana kos yang wajib di keluarkan sama ada jualan berlakuatau tidak. Kebiasaannya kos yang berkaitan aktiviti berulang dan berterusan.

Kos tetap/overhead dikira secara bulanan.

Jualan produk banyak atau sedikit, kos ini tetap sama, tiada kesan. Contohnya bayaran bulanan premis, sewa bulanan, telefon, internet, elektrik & air.

Jika menggunakan kenderaan, kosnya adalah bayaran installment, maintenance, petrol, tol, parking, insuran & cukai jalan.

Gaji & Upah pekerja juga termasuk dalam kos tetap. Masukkan sekali caruman EPF & SOCSO

Kos tetap tak semestinya sama setiap bulan...

Kos tetap tidak semestinya terus tetap seperti di awal permulaan perniagaan. Ianya boleh berubah mengikut tahap perniagaan.



Misalnya dulu premis kita dirumah dengan sewa RM500 sebulan, kita terpaksa menyewa kedai lebih besar RM1000 sebulan. Jualan semakin banyak.

Kita tak mampu beroperasi dari rumah lagi. Selain itu talian telefon mempunyai sewa bulanan tetapi apabila digunakan ianya akan berubah mengikut penggunaan.

Bayaran elektrik, kos iklan, gaji pekerja juga tidak sama setiap bulan. Ikut berapa banyak kita guna. Gaji pekerja berubah sebab pekerja buat OT.

Bila bisnes kita semakin berkembang, semakin tinggi kos diatas dikeluarkan.

Kos Tahunan

Ada juga kos yang dikeluarkan secara tahunan.

Misalnya pembaharuan lesen SSM , kos hosting & domain website.

Kiraan kos tahunan pula begini. Anda jumlahkan semua kos tahunan dan bahagi kepada 12 bulan.

Contoh:
Lesen SSM    = RM60
Website          = RM80
Auto PM         = RM197

Jumlah kos tahunan    = 60+80+197
= RM337 setahun
= RM337 / 12 bulan
= RM28.08 sebulan

Kisah penjual minyak wangi

Kak As jual minyak wangi kasturi. Beliau beli stok minyak wangi ni dengan harga RM30 sebotol.

Minimum order 10 botol. Kos postage yang kilang hantar kepada Kak As untuk 10 botol adalah RM15. Kiranya kos postage 1 botol adalah RM1.50 (RM15 / 10 botol).

Untuk penghantaran minyak wangi kepada pelanggan pula beliau caj RM8. Kak As tiada kos iklan sebab beliau guna free cost marketing.

Kos Jualan Minyak Wangi Kak As:
Belian minyak wangi   = RM30 sebotol
Postage dari kilang     = RM1.50 sebotol
Postage ke pelanggan= RM8 sebotol
Kos Iklan                     = Tiada

Jumlah Kos Jualan     = RM30+RM1.50+RM8+RM0
                                    =RM39.50 sebotol   

Purata unit terjual dalam 50 botol sebulan. Jadi kos jualan setiap bulan adalah RM1975(39.50x50 botol).

Kak As buat bisnes dari rumah sahaja. Jadi beliau dah senaraikan siap-siap kos tetap bisnes beliau ini.

Pertama, Kos tetap bulanan:
Elektrik  = RM70
Internet = RM100
Telefon  = RM 30
Gaji       = RM 500

Jumlah kos tetap bulanan       = 70+100+30+600
                                                = RM800 sebulan

Kedua, Kos tetap tahunan
Lesen SSM        = RM60
Website             = RM80
Auto PM             = RM197

Jumlah kos tahunan      = 60+80+197
                                      = RM337 setahun
                                      = RM337 / 12 bulan
                                      = RM28.08 sebulan

Kos- kos lain

Kita perlu mengira sekali kos-kos tersembunyi yang lain untuk mendapat kiraan untung bersih.

Contoh kos-kos lain yang perlu dimasukkan adalah seperti packaging, bank charges, printing, lesen majlis perbandaran dan sebagainya.

Pendek kata, apa sahaja kos yang melibatkan penghasilan, penyediaan, pembungkusan sehingga penghantaran produk kepada pelanggan.

Apabila sudah disenaraikan semua kos tersembunyi ini, barulah Kita boleh tambah pula sekitar 10-70% peratus keuntungan untuk menentukan harga jualan.

Ramai usahawan yang buat kiraan terbalik -- tentukan harga jualan dulu baru kira kos dan perbelanjaan.

Perangkap kira kos

Di dunia nyata, mungkin ada kos-kos lain yang kita tidak sedar.

Bagaimana kalau tudung tak laku? Kita sudah keluar duit untuk stok lebihan tetapi tidak dapat dijual. Kos ini perlu diserap.

Bagaimana kalau ada stok rosak?

Bagaimana kalau ada pelanggan pulangkan barang kerana tersalah hantar dan kita perlu hantar semula

Bagaimana kalau harga barang yang kita beli dari pembekal naik?

Comments